Selangkah ke UiTM (T) Kampus Bukit Besi

" ... Pejabat Bendahari merupakan nadi utama dalam pengurusan kewangan bagi keseluruhan sistem UiTM sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat. Perkembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan UiTM bermula sejak penubuhan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehinggalah diiktiraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999 ... "

Phamplet Mr.K



Kaedah Asas "Pengurusan Kewangan"

Kaedah paling asas "Pengurusan Kewangan" adalah :

  • Mengawal aliran "Wang Tunai


  • Menguruskan "Hutang" dan "Pinjaman


Bagaimana Melakukan "Pengurusan Kewangan" ?

“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for
Lifetime”.

“Beri seorang lelaki seekor ikan, hanya mampu menyaranya untuk satu hari. Mengajarnya menangkap ikan, anda membantunya menyara diri untuk seumur hidup”.

-Lao Tzu-


Siapa Perlu "Pengurusan Kewangan" ?

Setiap individu tambah2 lagi yang telah diberi amanah menguruskan wang.
Orang yang membuat kebaikan akan mendapat kebaikan.


Mengapa perlu "Pengurusan Kewangan" ?

Untuk mencapai matlamat kewangan anda :
  1. Melanjutkan pelajaran
  2. Kereta idaman
  3. Ibadah
  4. Kahwin
  5. Rumah idaman
  6. Bersara

Bila Hendak Bermula "Pengurusan Kewangan" ?

Pepatah Melayu ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kebanyakan orang tahu mencari wang tetapi tidak ramai yang tahu menguruskan wang apabila telah memilikinya. Masa yang terbaik untuk seseorang individu mula menguruskan kewangannya adalah sewaktu individu itu masih di bangku sekolah lagi.

Masih belum terlewat untuk merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan anda.

Mulakan sekarang!

'If you fail to plan, you plan to fail'
-Benjamin Franklin (1706)-



Pengenalan Kepada "Pengurusan Kewangan"

Apa itu "Pengurusan" ?
Perbuatan atau hal mengurus sesuatu.

Apa itu "Kewangan" ?
Hal-hal yang berkaitan dengan wang.

Apa itu "Pengurusan Kewangan" ?
Perbuatan atau hal-hal mengurus sesuatu yang berkaitan dengan wang.