Selangkah ke UiTM (T) Kampus Bukit Besi

" ... Pejabat Bendahari merupakan nadi utama dalam pengurusan kewangan bagi keseluruhan sistem UiTM sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat. Perkembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan UiTM bermula sejak penubuhan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehinggalah diiktiraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999 ... "

Dasar Kualiti

Melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional.

KUALITI UNTUK SEMUA, AKAUNTABILITI BERSAMA adalah merupakan teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.